Wednesday, March 16, 2011

haPPy BufDAY to ME....


yay..yay arijadi kite...tiup lilin...cepat..cepat nnti rumah tebakau..!!  SLAMAT HARI LAHIR FAIZAH BINTI ABU..no kad pengenalan 750318 -00-0000...opppsss lupe dirik sampai tak sempat nak bagi salam...assalamualaikum...
hari ni genap le umor hamba pacal yang hina ini 36 tahun..uiikkkss da nak tua da nih..arrggg tarak hal lah... "ages jus a number"...akan ku pegang kata2 itu hingga ke akhir garisan..

sepanjang 36 tahun di bumi ALLAH ni macam2 benda yang aku da lalui...kehilangan dan pertemuan yg silih berganti..senyum..ketawa..menangis..melalak..meroyan..sume tu mematangkan aku walaupun en somi kate aku cam budak kechik..huhuhu..."mane ade, orang da matang la"...umor 8 tahun aku da kehilangan ABAH.. janji TUHAN ..3 tahun lepas MAK aku pulak tinggalkan aku...setahun selepas tu aku kehilangan BAPA anak2 aku...yang PASTI kehilangan amat menyakitkan dan menjadikan aku semakin SIHAT dan KUAT bak kate iklan MILO...walaupun aku peminat tegar nescafe...x de nescafe cam nak tercabut nyawa...

aku bersyukur setelah KEHILANGAN orang2 tersayang..aku masih lagi di beri kesempatan oleNYA untuk bertemu dengan seseorang yg penyayang..sebenarnya aku tak penah bercita cita nak memulakan perhubungan baru..aku SERIK...tapi itu JANJI TUHAN...siapalah aku nk melawan kuasa tuhan kan.."aku insan yg lemah..hanya mampu berserah" ttiba plak ade iklan lagu rohana jalil...ari ni mode aku jiwang karat 5 1/2 inci + rox kapak..so ayat2 aku pun kekadang sentimental karat tak bole blah bercampur ngan bahase rox2 manje...

aku bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi begelar ISTERI..dapat menunaikan solat 5 waktu yang diimamkan en somi..dapat mengaminkan doa en somi diakhir solat kami...dapat membaca YASSIN bersama pada hari khamis malam jumaat..aku bersyukur kerana di beri pengalaman baru yg terHEBAT ni..aku bersyukur kerana anak2 ku kembali senyum dan ceria seperti dulu..aku besyukur kerana hidup mereka lengkap ada MAmA dan DaddY seperti anak2 lain..aku bersyukur atas semua kurniaanNYA padaku...ALHAMDULILLAH...

bersyukur menjadi MRS AMBO OMAR (nama penyamaran) hehehe..seorang yang agak tegas..kerja kuat..makan kuat cam aku gaks..dia melengkapi kami sekeluarga..


aku bersyukur kerana diANUGERAHkan aku adik beradik yang sangat menyokong aku selama ni..aku bersyukur kerana aku menangis..aku ketawa..aku meracau..adik beradik aku tak pernah tinggalkan aku sorang2..kami berkongsi suka dan duka bersama....walaupun aku ketawa di depan mereka dan menangis sorang2 di dalam hati ketika waktu2 SUKAR dulu ...aku cuba sorok SENDU aku di depan mereka tapi mereka peka dengan perubahan aku..dalam diam mereka faham apa yang aku lalui...aku bukan tak nak cite tp wat pening kepala dorang jek nnti..cukup la aku sorang yg pening kepala ... semak fikiran dan kdg2 menyontotkan akal..rasenya mmg TAK BES LANGSUNG kalu BES bole le aku kongsi2 kan..

aku bersyukur kerana dikeliling kawan2 yang memahami...kawan2 yang sentiasa menjadi tempat untuk aku berkongsi rasa..kongsi masalah....kawan2 yang menjadi pendengar setia...yang menangis bersama...kawan2 yang sentiasa ada tika aku susah dan senang..kawan2 yg meneman tekak besar aku kalu aku tingin nak makan itu ini...ayat skema aku tuk kengkawan aku "SAYA SAYANG AWAK SEMUA"...

anak2 yg lebey exited dari aku malam tadi..dini n dina belikan pengikat rambut yg chomey..warna pink..ade munge2..suke sgt2..afiq msg ayat2 manis menghiris kalbu...mane tak tumpahnye kuah kalu tak ke nasi...

dalam hidup ni aku berharap sangat agar anak2 aku menjadi anak2 yg soleh..bertaqwa..baik..anak2 yang tak lupe sedekahkan aku al fatihah lepas aku meninggal nanti..ajal maut tak berbau cam kita masak kari kan..mane le tau esok ..luse.. tulat aku da tak de..itu je lah harapan aku...sedekah jariah tu ade le tapi sikit sangat la pulak..huhuhu..Aku juga berharap suami ku di beri kesihatan yg baik..di panjangkan umor..dimurahkan rezekinya...dipermudahkan urusan perniagaannya..dan aku berharap suamiku gembira dan menyayangi aku selamanya..UNTUK DIRI AKU...AKU HANYA BERHARAP AGAR AKU DIHARGAI OLEH ORANG2 YANG AKU SAYANG....
-
-
-
untuk en somi...
KEAJAIBAN CINTA

BERULANG KALI KU MENCUBA
SELAMI CINTA SUKA DAN DUKA
DATANG DAN PERGI TINGGALKAN KENANGAN
MUNGKINKAH MENTARI CINTAKU MASIH ADA

SAMPAI AKHIRNYA KU BERTEMUKAN ENGKAU
SEPENGGAL JIWA YANG TERSEDIA BAGIKU SEJAK DULU
BIARLAH INI MENJADI YANG TERAKHIR
SELAMANYA BERSAMA BERSATU DALAM KASIH

TERIMA KASIH CINTA
KINI KU TAK BISA HIDUP TANPA DIRINYA
DEMIKIANLAH ERTINYA UNTUKKU

KEAJAIBAN CINTA
TELAH MENUNJUKKAN HANYALAH KASIH
YANG SANGGUP MEMPERSATUKAN KITA BERDUA
SAMPAI AJAL MEMISAHKAN KITA..

lagu aku..
TAKAN BERPALING DARIMU

KALA MALAM BERSIHKAN WAJAHNYA DARI BINTANG BINTANG
DAN MULAI TURUN SETITIS AIR LANGIT DARI TUBUHNYA

TANPA SEDAR NIKMATNYA ALAM KERANA KUASAMU
YANG TAKKAN HABIS SAMPAI AKHIR WAKTU PERJALANAN INI

TERIMA KASIHKU PADAMU TUHANKU
TAK MUNGKIN DAPAT TERLUKIS
OLEH KATA KATA
HANYA DIRIMU YANG TAU
BESAR RASA CINTAKU PADAMU

OH TUHAN...
ANUGERAHMU TAK PERNAH TERHENTI
SELALU DATANG KEPADAKU
TUHAN SEMESTA ALAM
DAN SATU JANJIKU
TAKKAN BERPALING PADAMU

ENGKAU SISIHKAN SEMUA ARAL MELINTANG DI HADAPANKU
DAN BUAT TERANG SELURUH JALAN HIDUPKU MELANGKAH..





No comments:

Post a Comment